Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Sabtu, 31 Julai 2010

Keruntuhan Kerajaan Bani Uthmaniyyah dan Mustafa Kamal Ataturk Part2

Sambungan daripada Part 1,pada kali ini saya ingin menunjukkan apa yang terjadi kepada dia...Sumbernya masih daripada kawan saya.

Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya
KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.

Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.
Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah.

Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.
Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.

Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi.

Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.

Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.

Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.

Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.

Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.

Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.

Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.

Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.

Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.

Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.

Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan “ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.

Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut….

Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.

Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.

Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.

Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.

Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan jika dibandingkan dengan nasib penentang kebenaran yang terdahulu. Kerana kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah kebenaran yang dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud atau Abu Lahab. Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh sebab itulah, Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu dahsyat sekali.

Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk bukan kebenaran yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan lebih parah lagi. Kalau ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang dijanjikan, beliau akan mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana nasib yang menimpa Firaun dan Namrud.

Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan. Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu zalim.

Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang mesti kita pandang serius disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang dijanjikan. Sesiapa yang menentang kebenaran di Timur “zon kebenaran yang dijanjikan” ini akan menerima nasib yang lebih parah daripada apa yang menimpa Kamal Ataturk. Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat daripada apa yang telah menimpa Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita tidak tahu bagaimana bentuk penghinaan itu.

Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal Ataturk. Kamal hidup bukan di awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan datangnya seorang mujaddid yang membawa kebenaran yang dijanjikan. Tetapi kini kita hidup di awal kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman seorang mujaddid muncul membawa kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu penentang kebenaran yang dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA SEBAB, iaitu KERANA ZALIM dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG DIJANJIKAN. Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini.

Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf “biasa” bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.

Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai “WAY OF LIFE” dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.”

Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.

Tetapi siapa yang menentang kebenaran di awal kurun ke-15 Hijrah ini, iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan, beliau tidak akan berjaya. Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk sekalipun, tidak akan dapat menyekat kebenaran ini.

Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yaang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.

Keruntuhan Kerajaan Bani Uthmaniyyah dan Mustafa Kamal Ataturk Part1

Assalamualaikum...setelah agak lama saya tidak meng"update" blog ini,maka pada hari ini saya akan mengeluarkan entry berkaitan orang yang amat dikenali semasa keruntuhan Kerajaan Bani Uthmaniyyah iaitu...Mustafa Kamal Ataturk.Saya dapati maklumat mengenainya daripada kawan saya.Renung-renungkan...

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."


Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.


Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Isnin, 26 Julai 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA Bertemu Rasulullah S.A.W

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi S.A.W...
tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
S.A.W...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga
dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.


Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.


Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk
menjadi contoh kepada adik2 yang lain. Setiap hari beliau hafal dua mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.


Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.


Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang
mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w.
sendiri..."


Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan dibaringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pada rakan2 yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli
keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.


Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira dua meter dari beliau. Wajahnya
Subhanallah...indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah...baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!


Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...


Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.


Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.


Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."



Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:



"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."



Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...



Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."



Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



p/s: Sungguh...berderaian air mataku...daku rindu akan
dirimu...Ya Rasulullah!
sesungguhnya,aku sangat bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai
ummat Nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam...



Sumber: ...


Isnin, 5 Julai 2010

Nothing...But...

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin.Hari ini saya rasa nak menulis dalam Bahasa Inggeris untuk tajuk kali ini.Tetapi apakan daya,saya masih belum cukup ilmu untuk melakukannya (takut nanti lain maksudnya).Oleh itu,pada kali ini saya ingin menggunakan bahasa mandarin pula...(gurau je...)

Pada kali ini,entry saya ada kaitan@bersangkut paut dengan apa yang saya hendak lakukan seperti yang sudah tertulis di atas.Seperti yang kita lihat dan ketahui,Bahasa Inggeris@B.I merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia tidak kira ceruk mana pun kita berada.Oleh itu penting kepada kita untuk menguasai bahasa ini supaya kita tidak sesat ataupun ditipu oleh manusia di dunia ini.

Cuba bayangkan jika sebahagian daripada kita yang mengetahui tentang bahasa ini.Bakinya yang lain langsung tidak mengetahui apa-apa tentang bahasa ini.Amat menyusahkan.Cuba bayangkan jika ditanya oleh pelancong ataupun orang asing kepada golongan ini.Cuba kau bayangkan...Contohnya seperti dibawah ini.

Pelancong asing :Sir,can I know the way to KLCC?

Mamat A :You go straight,lepas tu turn left.If you see the the puclic jamban,turn back.
Don't go dalam sana,busuk.Then turn right.If you see the big tower,itulah dia.

Pelancong asing :What the???

Dialog di atas bukan merupakan hinaan kepada golongan tersebut.Sekurang-kurangnya mereka mencuba dan itulah hasilnya.Ini menunjukkan kepentingan kepada kita untuk menguasai bahasa tersebut kerana Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa dakwah agama Islam kepada masyarakat dunia supaya mereka faham dan mengenali apa itu agama Islam.Okey,cukuplah sampai di sini.

Itu baru bahasa di dunia.Jika bahasa di akhirat?Tahu ke bahasa apa?Bahasa arab ya tuan-puan.Jika B.I pun tidak kita kuasai,inikan pula Bahasa Arab@bahasa syurga.Lainlah bagi golongan tertentu yang memahami Bahasa Arab seperti orang Arab.Jika malaikat bertanya kepada kita kita nanti,apa modal kita agaknya untuk menjawabnya?Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Sabtu, 3 Julai 2010

Assalamualaikum...

Syukur alhamdullilah...saya sekali lagi berpeluang menulis luahan hati dan pengalaman saya di blog kesayangan saya ini.Kalau tidak silap,sudah hampir sebulan (betul ke?) saya tidak meng"update" blog ini.

Pada kali ini,saya ingin menceritakan pengalaman saya di tempat baru saya berpindah.Pada mulanya memang rasa kekok dan susah untuk menyesuaikan diri (memang mengambil masa yang lama wooo...)sekarang pun belum dapat sesuaikan diri disebabkan keadaan yang amat berbeza dan pelbagai pe'el dan kerenah masyarakat di sini.Kalau hendak saya ceritakan keburukan tempat ini akan jadi umpatan pula,kalau saya cerita kebaikan...(ada ke?ada kot?).Okey,kita berhenti setakat di situ...

Tetapi apa yang saya tidak boleh nafikan ialah rasa rindu saya terhadap tempat tinggal saya,rakan-rakan,guru-guru, dan orang-orang yang istimewa kepada saya.Mereka akan sentiasa ada di hati saya,InsyaAllah.Ops!saya terlupa bahawa perpindahan saya ini mempunyai kebaikan dan keburukan.Kebaikannya ialah saya dapat tahu apa yang saya tidak jangkakan selama ini.Dan keburukan pula,saya terpaksa jauh daripada orang-orang di atas dan kucing-kucing saya yang comel.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya dan kepada Ustzh. Azura yang telah memberi saya sebuah buku yang berguna kepada saya (thanks,ustazah!). Saya ada masalah yang hendak diselesaikan dan saya sekarang tengah pening hendak bagaimana hendak menyelesaikannya.Hanya berserah kepada Allah...