Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...
Isnin, 27 Disember 2010
Mengenai Syiah
Jangan Kata Begitu!

Jumaat, 24 Disember 2010
Adab Makan
1- Mulakan dengan Bismillah
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni:‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)
3- Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)
4- Galakan guna tiga jari
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم)
Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)
5- Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)
6- Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)
7- Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)
8- Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
9- Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)
10- Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)
Sumber: Kitab Riyadhus Solihin
Rabu, 22 Disember 2010
My Cats Pics








Selasa, 21 Disember 2010
Petua Awet Muda
- Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Hari ini aku nak tunjukkan pada semua petua awet muda ya.Ini aku ambil daripada iluvislam.com .Enjoy!
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
- Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
- Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
- Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
- Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
- Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
- Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
- Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.Amalkan solat tahajud.
- Sentiasa tenang dan bersikap positif.Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
Sabtu, 18 Disember 2010
Lima Sebab Doa Ditolak
- Dosa kerana mengingkari pemimpin.Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan.Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.Pemimpin yang diamksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah.Jadi, ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
- Dosa kerana tidak taat guru.Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita.Segala ajarannya perlu diikuti.Jangan sampai guru berasa berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
- Dosa kerana menderhaka ibu bapa.Mereka berkorban untuk menjadikan kita insan berguna di dunia dan di akhirat.Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti marah pada kita.Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi.Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak.Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan di akhirat.
- Dosa kerana derhaka kepada suami.Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga.Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.Besar kedudukan seorang suami di sisi Allah.Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.
- Dosa kerana menganiayai atau menzalimi orang.Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar membuat fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti jati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Isnin, 6 Disember 2010
Salam Maal Hijrah!
Amalan-amalan sunat pada bulan Muharam:
- Doa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zdul-Hijah selepas Asar
- Doa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib
- Puasa
Amalan sunat hari Asyura (10 Muharram):
- Mandi Sunat.
- Sembahyang sunat.
- Menjamu orang berbuka puasa.
- Puasa.
Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Peristiwa Penting di bulan Muharram
- 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
- 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Doa akhir tahun:
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan.
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa awal tahun:
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Akhir sekali, aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua!