Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ramadhan wa Syawal

Assalamualaikum... kaifa halukum fi hazal yaum? atamanna an akuna that all of us fi sihat wal 'afiat.

 Salam ukhuwwah diucapkan. Sedar tak sedar, Ramadhan hanya tinggal berbaki beberapa hari saja lagi. Dah banyak amal yang kita dah lakukan? Semakin dekatkah kita kepada Allah Azza Wajalla? Atau semakin jauh?

 Justeru, marilah kita sama-sama berlumba-lumba ke arah kebaikan dan mengejarnya. Lagipun, kita ada satu malam yang istimewa untuk dikejar... iaitu malam Lailatul Qadar yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Marilah sama-sama kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

 Supaya kita nanti boleh menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan rasa syukur dan gembira! InsyaAllah di entry akan datang, kita akan berkongsi pula tentang Eid Fitr.

 Wallahu a'lam.

 Wassalamualaikum.


Selasa, 13 Disember 2011

Apa Khabar Budak IT?

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Dah lama rasanya aku tak urus blog ini.Mesti blog ni sedih sebab lama aku tak uruskan dia sampai bersarang jadinya.Aku faham perasaan dipinggirkan yang dirasai oleh blog aku ni.Alhamdulillah, syukur aku juga masih hidup.

          Nak dijadikan cerita,sepanjang tiga minggu yang lepas perkhidmatan internet di rumah aku tak boleh digunakan.Ada dalam tiga kali aku telefon talian 100 yang disediakan Telekom Malaysia (TM).

          Nak dipendekkan cerita pula,selpas tiga kali panggilan itu seorang 'technician' datang ke rumah aku untuk memeriksa kerosakan masalah yang aku laporkan.Setalah selidik punya selidik, rupanya modem internet yang rosak daa...Mungkin ini sebab keganasan aku selam ini yang sering menghempuk modem itu apabila lampu dia berkelip-kelip.

          Dah rosak, apalagi...'technician' tu pun tukar dengan modem yang baru.Jenis 'wireless' daa...Maaf modem.Kita terpaksa berpisah.Maaf juga kerana aku sering mengasari engkau.

          Nak disambungkan cerita,selepas dapat menggunakan internet semula,aku terus ke laman muka buku ciptaan si Yahudi, Mark Zuckerberg tu.Aku log in dan aku dapati banyak perubahan yang telah berlaku.Ini menyebabkan aku rasa seperti aku ini orang yang ketinggaln zaman dan mempunyai telefon bimbit sebesar botol air 500ml.Tapi tak mengapa...Facebook ni takkan ke mana...dan teknologi...Here I Come!

          Natijahnya,pada entri kali ini aku hanya mahu bertanya khabar kepada korang yang sering melayari internet ni...itu saja...Enjoy!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Nothing To Say...

Assalamualaikum and salam ukhuwwah to all of you.It has been a long time since I last manage my blog.Today I wanna write about....(betul tak english ni?)

      Haha! Sebenarnya hari ini aku tulis pasal satu dua perkara je.Tapi tajuk post aku ni jelas menunjukkan bahawa aku tak nak tulis apa-apa.Mungkin aku kelihatan seperti orang yang cakap tak serupa bikin sebab aku sekarang masih menulis walaupun tajuk post mengatakan sebaliknya.

      Hmm, sebelum itu aku nak juga dengar lihat pendapat korang, tajuk post aku ni gempak ke? Kalau gempak bagus laa...Sebab aku selalu lihat blogger2 letak tajuk-tajuk yang gempak.Mungkin mereka mahu pembacanya juga kelihatan gempak...

      Hmm, persetankan perkara itu...Kembali pada fokus utama...

      Yang pertama, aku suka sangat dengan pet @ haiwan peliharaan.Harap korang pun macam tu. Aku paling suka kucing dan hamster.They're so cute!Macam Maru di bawah ni!



      Okay, yang kedua...aku suka sangat baca novel yang dikarang oleh Bahruddin Bekri.Korang pernah baca novel dia tak?Novel dia bergenrekan komedi kehidupan.Kelakar! Aku ada beberapa novel dia...Memang syok!Nilah orangnya....


Enjoy!




Ahad, 31 Julai 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Tahun 1342H

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...Pejam celik,pejam celik....dah masuk bulan Ramadhan.Dah lama aku tak manage blog ini.Jadi aku ingin ucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa!

Aku hanya sempat kongsikan dengan korang jadual berbuka dan imsak sahaja! Enjoy! Mari kita banyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini!

NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
PerakZon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4 – Temenggor dan Belum
Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 – Bukit Larut
SarawakZon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.
Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan
SabahZon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)
Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
TerengganuZon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
Zon 2 – Besut dan Setiu
Zon 3 – Hulu Terengganu
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
KelantanZon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam
PahangZon 1 – Pulau Tioman
Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands
PerlisSeluruh Perlis
Negeri SembilanZon 1 – Jempol dan Tampin
Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu
KedahZon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 5 – Daerah Langkawi
Zon 6 – Puncak Gunung Jerai
Pulau PinangSeluruh Pulau Pinang

Sumber: Jakim

Syukran!