Nak dijadikan cerita,sepanjang tiga minggu yang lepas perkhidmatan internet di rumah aku tak boleh digunakan.Ada dalam tiga kali aku telefon talian 100 yang disediakan Telekom Malaysia (TM).
Nak dipendekkan cerita pula,selpas tiga kali panggilan itu seorang 'technician' datang ke rumah aku untuk memeriksa
Dah rosak, apalagi...'technician' tu pun tukar dengan modem yang baru.Jenis 'wireless' daa...Maaf modem.Kita terpaksa berpisah.Maaf juga kerana aku sering mengasari engkau.
Nak disambungkan cerita,selepas dapat menggunakan internet semula,aku terus ke laman muka buku ciptaan si Yahudi, Mark Zuckerberg tu.Aku log in dan aku dapati banyak perubahan yang telah berlaku.Ini menyebabkan aku rasa seperti aku ini orang yang ketinggaln zaman dan mempunyai telefon bimbit sebesar botol air 500ml.Tapi tak mengapa...Facebook ni takkan ke mana...dan teknologi...Here I Come!
Natijahnya,pada entri kali ini aku hanya mahu bertanya khabar kepada korang yang sering melayari internet ni...itu saja...Enjoy!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan