Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Isnin, 27 Disember 2010

Mengenai Syiah

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua.Kali ini aku nak berkongsi pautan dengan kamu semua mengenai Syiah.

Aku nak tulis pun masih tak cukup ilmu dan sumber yang mencukupi.Jadi, ini antara pautan tersebut yang boleh menjelaskan kepada kamu semua tentang Syiah.

Jangan Kata Begitu!

Ada suara yang mengungkapkan: "Boring la hidup ni!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan tidak akan wujud dalam hidupnya.

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat.Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi.Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia.Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah).

Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Tidak aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah". (Surah al-Dhariyat 51:56)

Allah juga berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". (Surah al-Baqarah 2:30)

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.Jangan jadi macam 'dia' kat bawah ni...

Jumaat, 24 Disember 2010

Adab Makan

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua.Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua berkenaan dengan adab makan.

Kalau kita semua perhatikan pada hari ini, macam-macam jenis 'style' orang zaman sekarang makan.Ada yang makan duduk, berdiri, baring, mencangkung, menonggeng, dan yang sewaktu dengannya.So, ini antara adab-adab makan.Enjoy!

1- Mulakan dengan Bismillah

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)

Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni:Bismillah). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

3- Makan yang berhampiran.

عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Galakan guna tiga jari

عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم)

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

5- Larangan mencela makanan

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

6- Tidak bersandar ketika makan

عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

7- Kutip makanan yang terjatuh.

وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

8- Mula makan dari tepi (pinggir)

وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9- Jilat jari setelah selesai

عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

10- Doa setelah selesai makan

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا

(رواه البخاري).

Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)

وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)


Sumber: Kitab Riyadhus Solihin




Rabu, 22 Disember 2010

My Cats Pics


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua.Today, I nak show kucing I punya pics.(Bahasa rojak)So, enjoy! (Saja bagi gambar-gambar ni nampak besar)
Sumber: Kamera kawan aku! (Aku tak ada kamera, jadi aku mintak kawan aku tangkapkan gambar-gambar ni)

















Selasa, 21 Disember 2010

Petua Awet Muda

  • Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Hari ini aku nak tunjukkan pada semua petua awet muda ya.Ini aku ambil daripada iluvislam.com .Enjoy!

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.Amalkan solat tahajud.

  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
Sumber: iluvislam.com


Sabtu, 18 Disember 2010

Lima Sebab Doa Ditolak

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Kali ini aku nak kongsi dengan korang tentang 'Lima Sebab Doa Ditolak'.Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Ada lima perkara yang membuatkan doa kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah S.W.T iaitu:

  • Dosa kerana mengingkari pemimpin.Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan.Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.Pemimpin yang diamksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah.Jadi, ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

  • Dosa kerana tidak taat guru.Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita.Segala ajarannya perlu diikuti.Jangan sampai guru berasa berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

  • Dosa kerana menderhaka ibu bapa.Mereka berkorban untuk menjadikan kita insan berguna di dunia dan di akhirat.Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti marah pada kita.Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi.Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak.Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan di akhirat.

  • Dosa kerana derhaka kepada suami.Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga.Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.Besar kedudukan seorang suami di sisi Allah.Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

  • Dosa kerana menganiayai atau menzalimi orang.Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar membuat fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti jati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.



Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita.Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulakn Allah S.W.T, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah!

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah.Kali ini aku ongin berkongsi dengan korang mengenai awal Muharram.Lagipun, hari ini merupakan hari terakhir (29 Zdul-Hijjah) pada tahun 1431 Hijrah.Jom sama-sama mulakan semua yang baru, tinggalkan semua perkara-perkara buruk dan tambahkan amalan.

Amalan-amalan sunat pada bulan Muharam:

  1. Doa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zdul-Hijah selepas Asar
  2. Doa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib
  3. Puasa

Amalan sunat hari Asyura (10 Muharram):

  1. Mandi Sunat.
  2. Sembahyang sunat.
  3. Menjamu orang berbuka puasa.
  4. Puasa.
  5. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Peristiwa Penting di bulan Muharram

  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa akhir tahun:

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan.

doa akhir thn Amalan Sunat dan Doa Awal Muharram

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun:

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

doa awal thn Amalan Sunat dan Doa Awal Muharram

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua!

Isnin, 15 November 2010

Salam Aidiladha!

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Hari raya Aidiladha akan menjelma.(Ada kaitan dengan aku).Hari raya ini terkenal degan ibadah korban.So, ini ada some info untuk kamu semua mengenai Hari Raya Aidiladha! Enjoy!

Ibadah Korban

Ibadah korban ini merupakan sunat.Walaupun hukumnya sunat, ia merupakan ibadah yang besar pengertiannya kerana ia menanamkan sifat suka berkorban dan peka dengan kesusahan orang lain serta sedai membantu.

Sejarah Korban

Ibadah korban telah diamalkan sejak zaman Nabi Adam A.S ketika Allah memerintahkan Qabil dan Habil menyediakan hasil tanaman dan binatang ternak sebagai korban.Allah menerima korban Habil kerna keikhlasan dan pemurahnya dalam berkorban, dan menolak korban Qabil kerana dilakukan tanpa keikhlasan dan disertai sifat kedekut.

Ibadah korban paling besar adalah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.Si bapa mengorbankan rasa kasih yang mendalam terhadap anaknya semata-mata kerana mematuhi suruhan Allah, manakala si anak snaggup mengorbankan nyawanya juga kerana kepatuhan kepada perintah-Nya.

Atas rasa pengorbanan yang tinggi, si bapa sanggup menyembelih anaknya, manakala si anak menyerahkan dirinya untuk disembelih.Akhirnya Allah menggantikan Nabi Ismail A.S dengan seekor kibasy (kambing biri-biri) dan Allah menilai pengorbanan kedua-dua beranak itu dengan ganjaran pahala yang besar.Mereka telah menunjukkan contoj pengorbanan yang begitu agung, yang menjadi teladan umur sepanjang zaman.

Hikmah Korban

Ibadah korban membolehkan orang yang berkemampuan melahirkan kesyukuran dengan membantu golongan-golongan kurang berkemampuan dan berkongsi nikmat kurniaan Allah melalui pemberian daging korban.Ibadah korban dapat mengikis sifat kedekut dan menyuburkan sifat pemurah.Ia juga mengingatkan kita kepada sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Jenis Binatang Yang Boleh Dikorbankan

Jenis binatang tersebut ialah...

  • Kambing biri-biri - telah berumur setahun
  • Kambing biasa - telah berumur setahun
  • Unta - telah berumur lima tahun
  • Lembu - telah berumur dua tahun
Binatang Yang Tidak Sah

  • Cacat Contoh: Sebelah mata buta, tempang, bertindak gila kerana sakit otak etc.
  • Terlalu tua dan tidak baik lagi dagingnya. (E.g: terlalu liat)
  • Berpenyakit sehingga memudaratkan.
Berkongsi Bintang Korban

Unta, lembu, dan kerbau korban boleh dikongsi oleh tujuh orang.Ini bermakna, seekor unta, lembu, atau kerbau bole dibahagikan kepada tujuh bahagian ; seorang berkorban untuk satu bahagian.

Bagaimanapun, kambing dan biri-biri hanya bolah dijadikan korban oleh seorang sahaja dan tidak boleh dikongsi.

Waktu Menyembelih

Ibadah korban boleh dilakukan mulai terbit matahari Aidiladha (10 Zulhijjah) dan sebelum terbenam matahari Tasyrik (13 Zulhijjah).Di negara ini, penyembelihan biasanya dilakukan selepas sembahyang sunat Aidiladha hingga satu dua hari selepasnya.

Pembahagian Daging Korban

Daging korban hendakalah dibahagi-bahagikan sebahagian besarnya dan diambil untuk makanan sendiri kira-kira satu pertiga daripadanya.Tetapi jika korban yang dilakukan ialah korban nazar, maka daging binatang sembelihan itu tidak boleh kita makan, sebaliknya mesti disedekahkan semuanya.Sama ada korban biasa atau korban nazar, daging korban tidak boleh sama sekali dijual beli kerana haram hukumnya.



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua!

Jumaat, 5 November 2010

Hukum dan Konsep Ber"couple" Di Dalam Islam (Must Read Entry!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak berkongsi entry yang penting buat semua terutama golongan remaja.Semua orang perlu mengambil perhatian supaya tidaklah terjebak di dalam maksiat dan zina.Bagi yang masih belajar dan hendak mencuba, hentikanlah buat sementara waktu dan tunaikan tanggungjawab kamu."Wa la takrabu zina".

Bismillahirrahmanirrahim..

EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."


Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."


Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let's say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, di sekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya?"COUPLE". Full stop.




Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ni tak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalau nak ikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yg paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)




Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yg paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali!

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Muhaimin (bukan nama sebenar) sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal, bukannya masih terikat dengan 2 final exam dan perjanjian JPA). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'S' (bukan nama sebenar).

Muhaimin berharat untuk memperisterikan si 'S'. Muhaimin yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'S' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman(merisik). Apabila ibu bapa si 'S' sudah bersetuju dan si 'S' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Muhaimin pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'S'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'S' sudah menjadi tunangan Syafiq, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'S', walaupun lelaki itu adalah 'J'(bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirahdi sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."


Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ade yang tinggal, ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati? Tak pun tengah nak jumpe 'couple' masing-masing di common room kemudian jatuh tergolek terus 'jalan', macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yg mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi InsyaAllah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Sumber: pmikliuc.blogspot.com & iluvislam.com