Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Isnin, 15 November 2010

Salam Aidiladha!

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Hari raya Aidiladha akan menjelma.(Ada kaitan dengan aku).Hari raya ini terkenal degan ibadah korban.So, ini ada some info untuk kamu semua mengenai Hari Raya Aidiladha! Enjoy!

Ibadah Korban

Ibadah korban ini merupakan sunat.Walaupun hukumnya sunat, ia merupakan ibadah yang besar pengertiannya kerana ia menanamkan sifat suka berkorban dan peka dengan kesusahan orang lain serta sedai membantu.

Sejarah Korban

Ibadah korban telah diamalkan sejak zaman Nabi Adam A.S ketika Allah memerintahkan Qabil dan Habil menyediakan hasil tanaman dan binatang ternak sebagai korban.Allah menerima korban Habil kerna keikhlasan dan pemurahnya dalam berkorban, dan menolak korban Qabil kerana dilakukan tanpa keikhlasan dan disertai sifat kedekut.

Ibadah korban paling besar adalah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.Si bapa mengorbankan rasa kasih yang mendalam terhadap anaknya semata-mata kerana mematuhi suruhan Allah, manakala si anak snaggup mengorbankan nyawanya juga kerana kepatuhan kepada perintah-Nya.

Atas rasa pengorbanan yang tinggi, si bapa sanggup menyembelih anaknya, manakala si anak menyerahkan dirinya untuk disembelih.Akhirnya Allah menggantikan Nabi Ismail A.S dengan seekor kibasy (kambing biri-biri) dan Allah menilai pengorbanan kedua-dua beranak itu dengan ganjaran pahala yang besar.Mereka telah menunjukkan contoj pengorbanan yang begitu agung, yang menjadi teladan umur sepanjang zaman.

Hikmah Korban

Ibadah korban membolehkan orang yang berkemampuan melahirkan kesyukuran dengan membantu golongan-golongan kurang berkemampuan dan berkongsi nikmat kurniaan Allah melalui pemberian daging korban.Ibadah korban dapat mengikis sifat kedekut dan menyuburkan sifat pemurah.Ia juga mengingatkan kita kepada sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Jenis Binatang Yang Boleh Dikorbankan

Jenis binatang tersebut ialah...

  • Kambing biri-biri - telah berumur setahun
  • Kambing biasa - telah berumur setahun
  • Unta - telah berumur lima tahun
  • Lembu - telah berumur dua tahun
Binatang Yang Tidak Sah

  • Cacat Contoh: Sebelah mata buta, tempang, bertindak gila kerana sakit otak etc.
  • Terlalu tua dan tidak baik lagi dagingnya. (E.g: terlalu liat)
  • Berpenyakit sehingga memudaratkan.
Berkongsi Bintang Korban

Unta, lembu, dan kerbau korban boleh dikongsi oleh tujuh orang.Ini bermakna, seekor unta, lembu, atau kerbau bole dibahagikan kepada tujuh bahagian ; seorang berkorban untuk satu bahagian.

Bagaimanapun, kambing dan biri-biri hanya bolah dijadikan korban oleh seorang sahaja dan tidak boleh dikongsi.

Waktu Menyembelih

Ibadah korban boleh dilakukan mulai terbit matahari Aidiladha (10 Zulhijjah) dan sebelum terbenam matahari Tasyrik (13 Zulhijjah).Di negara ini, penyembelihan biasanya dilakukan selepas sembahyang sunat Aidiladha hingga satu dua hari selepasnya.

Pembahagian Daging Korban

Daging korban hendakalah dibahagi-bahagikan sebahagian besarnya dan diambil untuk makanan sendiri kira-kira satu pertiga daripadanya.Tetapi jika korban yang dilakukan ialah korban nazar, maka daging binatang sembelihan itu tidak boleh kita makan, sebaliknya mesti disedekahkan semuanya.Sama ada korban biasa atau korban nazar, daging korban tidak boleh sama sekali dijual beli kerana haram hukumnya.



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan