Marcapada ini,hendak dikatakan hampir semua golongan manusia di dalam dunia ini melakukan perkara tersebut.Tidak mengira umur,bangsa,kekayaan,dan sebagainya.Tetapi yang saya lihat ramai golongan muda yang melakukan perkara ini...iaitu...
MENCARUT ATAU MENGELUARKAN KATA-KATA YANG KURANG SOPAN!!!
Jika anda semua lihat dan perhatikan dengan betul,perbuatan ini boleh anda dengar setiap hari dari mulut kanak-kanak,remaja,mahupun golongan yang dewasa.Mereka selalu melakukannya sewaktu marah,mengejek orang,ataupun sengaja, dan perkara yang sewaktu dengannya.
Cuba saya beri teka-teki kepada anda,binatang apa yang popular di mulut kanak-kanak dan remaja...?
Jawapannya ialah:BA%*
Dan jikalau saya bertanya kepada anda apa lagi yang popular di mulut mereka ini,saya rasa tidak perlulah sekiranya saya memberikan jawapannya,anda sudah boleh membayang dan mengetahuinya.(tidak perlulah beri jawapannya di sini)
Mengapa mereka boleh mengeluarkan kata-kata berikut?dari mana mereka mengetahuinya?.Adakah ini berpunca dari rakan sebaya,orang di sekeliling,ataupun ibu bapa sendiri?
Saya rasa cukup di sini sahaja saya menulis,mahu saja saya adakan hari tanpa carutan sedunia...ataupun mencili sahaja mulut mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan