Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Isnin, 15 November 2010

Salam Aidiladha!

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.Hari raya Aidiladha akan menjelma.(Ada kaitan dengan aku).Hari raya ini terkenal degan ibadah korban.So, ini ada some info untuk kamu semua mengenai Hari Raya Aidiladha! Enjoy!

Ibadah Korban

Ibadah korban ini merupakan sunat.Walaupun hukumnya sunat, ia merupakan ibadah yang besar pengertiannya kerana ia menanamkan sifat suka berkorban dan peka dengan kesusahan orang lain serta sedai membantu.

Sejarah Korban

Ibadah korban telah diamalkan sejak zaman Nabi Adam A.S ketika Allah memerintahkan Qabil dan Habil menyediakan hasil tanaman dan binatang ternak sebagai korban.Allah menerima korban Habil kerna keikhlasan dan pemurahnya dalam berkorban, dan menolak korban Qabil kerana dilakukan tanpa keikhlasan dan disertai sifat kedekut.

Ibadah korban paling besar adalah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.Si bapa mengorbankan rasa kasih yang mendalam terhadap anaknya semata-mata kerana mematuhi suruhan Allah, manakala si anak snaggup mengorbankan nyawanya juga kerana kepatuhan kepada perintah-Nya.

Atas rasa pengorbanan yang tinggi, si bapa sanggup menyembelih anaknya, manakala si anak menyerahkan dirinya untuk disembelih.Akhirnya Allah menggantikan Nabi Ismail A.S dengan seekor kibasy (kambing biri-biri) dan Allah menilai pengorbanan kedua-dua beranak itu dengan ganjaran pahala yang besar.Mereka telah menunjukkan contoj pengorbanan yang begitu agung, yang menjadi teladan umur sepanjang zaman.

Hikmah Korban

Ibadah korban membolehkan orang yang berkemampuan melahirkan kesyukuran dengan membantu golongan-golongan kurang berkemampuan dan berkongsi nikmat kurniaan Allah melalui pemberian daging korban.Ibadah korban dapat mengikis sifat kedekut dan menyuburkan sifat pemurah.Ia juga mengingatkan kita kepada sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Jenis Binatang Yang Boleh Dikorbankan

Jenis binatang tersebut ialah...

  • Kambing biri-biri - telah berumur setahun
  • Kambing biasa - telah berumur setahun
  • Unta - telah berumur lima tahun
  • Lembu - telah berumur dua tahun
Binatang Yang Tidak Sah

  • Cacat Contoh: Sebelah mata buta, tempang, bertindak gila kerana sakit otak etc.
  • Terlalu tua dan tidak baik lagi dagingnya. (E.g: terlalu liat)
  • Berpenyakit sehingga memudaratkan.
Berkongsi Bintang Korban

Unta, lembu, dan kerbau korban boleh dikongsi oleh tujuh orang.Ini bermakna, seekor unta, lembu, atau kerbau bole dibahagikan kepada tujuh bahagian ; seorang berkorban untuk satu bahagian.

Bagaimanapun, kambing dan biri-biri hanya bolah dijadikan korban oleh seorang sahaja dan tidak boleh dikongsi.

Waktu Menyembelih

Ibadah korban boleh dilakukan mulai terbit matahari Aidiladha (10 Zulhijjah) dan sebelum terbenam matahari Tasyrik (13 Zulhijjah).Di negara ini, penyembelihan biasanya dilakukan selepas sembahyang sunat Aidiladha hingga satu dua hari selepasnya.

Pembahagian Daging Korban

Daging korban hendakalah dibahagi-bahagikan sebahagian besarnya dan diambil untuk makanan sendiri kira-kira satu pertiga daripadanya.Tetapi jika korban yang dilakukan ialah korban nazar, maka daging binatang sembelihan itu tidak boleh kita makan, sebaliknya mesti disedekahkan semuanya.Sama ada korban biasa atau korban nazar, daging korban tidak boleh sama sekali dijual beli kerana haram hukumnya.



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua!

Jumaat, 5 November 2010

Hukum dan Konsep Ber"couple" Di Dalam Islam (Must Read Entry!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak berkongsi entry yang penting buat semua terutama golongan remaja.Semua orang perlu mengambil perhatian supaya tidaklah terjebak di dalam maksiat dan zina.Bagi yang masih belajar dan hendak mencuba, hentikanlah buat sementara waktu dan tunaikan tanggungjawab kamu."Wa la takrabu zina".

Bismillahirrahmanirrahim..

EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."


Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."


Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let's say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, di sekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya?"COUPLE". Full stop.




Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ni tak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalau nak ikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yg paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)




Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yg paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali!

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Muhaimin (bukan nama sebenar) sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal, bukannya masih terikat dengan 2 final exam dan perjanjian JPA). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'S' (bukan nama sebenar).

Muhaimin berharat untuk memperisterikan si 'S'. Muhaimin yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'S' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman(merisik). Apabila ibu bapa si 'S' sudah bersetuju dan si 'S' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Muhaimin pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'S'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'S' sudah menjadi tunangan Syafiq, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'S', walaupun lelaki itu adalah 'J'(bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirahdi sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."


Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ade yang tinggal, ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati? Tak pun tengah nak jumpe 'couple' masing-masing di common room kemudian jatuh tergolek terus 'jalan', macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"


Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yg mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi InsyaAllah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Sumber: pmikliuc.blogspot.com & iluvislam.com

Khamis, 4 November 2010

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار





The Chosen One.Satu lagi lagu yang merdu dari Maher Zain.Diinspirasikan daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Enjoy!!!

Mari Kita Banteras Bersama!!!

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua.Nak diceritakan, semalam di waktu petang, semburan asap diesel dilakukan di kuaters tempat aku tinggal.Mungkin disebabkan ada kes demam denggi di kawasan ini.Tapi, Alhamdulillah kerana tidak dijangkiti penyakit tersebut.Nauzubillah...

Teringat pula aku waktu aku kecil dulu, kadang-kadang terlompat-lompat tgok orang sembur asap tu.Maklumlah, excited...Ingatkan ada orang buat shooting cerita hantu ke Misteri Nusantara ke...Tapi itu dulu, lagipun dulu aku tak kisah sangat dengan asapnya yang berbau busuk itu.Sekarang ni, langsung tak tahan dengan asap tu...

Okey, hari ini aku nak berkongsi informasi tentang demam denggi.Enjoy!!!


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.


Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Tanda dan Gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias danarthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).


Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai polabiphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.


Diagnosis


Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.


Rawatan


Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.


Epidemiologi


Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.


Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.


Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.


Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.


Pencegahan


Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.


Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.


Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.


Selasa, 2 November 2010

Martial Arts Legends

Assalamualaikum and good day everyone!Today I want to write the entry in English.Please remind me if I do grammar mistakes.Eventhough this month is "Bulan Bahasa Kebangsaan", and we are all had been encouraged by the goverment to always speak in Malay this month.

Today I want to talk about the martial arts legends.Maybe many of us have known many martial arts legends such as Dato' Meor Abdul Rahman ;The Founder of Silat Gayung Malaysia.But there are many others martial legends in the world.Such as:

  • Bruce Lee (The Founder of Jeet Kune Do) (www.brucelee.com)
  • Chuck Norris (Karate Experts)
  • Yip Man
  • Choi Hong Hi (The Founder of Karate)
  • Gichin FunaKoshi (The Founder of Karate)
I always wanted to learn Jeet Kune Do and become an expert in using nunchucks.Its look like I have to do so many things if I want to like them.Hmm...Think about it.

Isnin, 1 November 2010

Kesalah Fahaman...

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua.Hari aku nak cerita fasal waktu aku di sekolah tadi.Hari kena pulang semua buku yang telah aku pinjam dari sekolah.Aku sangka esok baru pulangkan kerana hari ini hari terakhir peperiksaan akhir tahun.Itu salah faham pertama...Jadi aku nak pulang buku lain hari.

Salah faham kedua, tadi di sekolah ada perhimpunan awal disebabkan dah tak ada kerja lain yang nak dibuat.Aku dan kawan-kawan terlambat ke perhimpunan sebab mengambil buku teks baru.Lagi satu sebab fasal kitaorang nampak cikgu disiplin lepak depan dewan perhimpunan sambil pegang roti perancis.Rambut aku punya panjang!Tak nak gunting.Kecut sudah...Fikir dalam hati,nak masuk ke tidak...Ahhh!Pedulikan roti perancis yang sedap tu!

Kami redah cikgu disiplin tu dan bersangka yang kami akan menjamah sedikit roti tersebut.Tetapi sangkaan meleset kerana cikgu itu pula mempelawa kami untuk masuk ke dalam dewan perhimpunan.Terasa seketika seperti VIP pula...

Okey laa...hari ni aku tak ada apa yang nak dikongsikan selain cerita di atas.Tapi aku nak tunjuk beberapa pantun teka-teki yang aku kutip masa sekolah rendah dahulu...Enjoy!

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia


Jawapannya mesti kamu semua boleh cari...Hehe.Senang saja kan...