Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Rabu, 15 September 2010

Perbezaan Antara Kenduri Kahwin dan Aidilfitri@Rumah Terbuka!

Pada hari ini, saya mewakili diri saya ingin membentangkan satu pendapat... Yang mungkin kadang kala terfikir di minda, hati, dan sanubari tuan puan semua.Tajuknya ialah... ada saya tulis di atas... Tengok sendiri la ye...

Perbezaan Pertama:

Kenduri Kahwin-Kita lihat nasi hanya ada beberapa jenis sahaja.Antaranya nasi minyak,masi beriani dan nasi hujan panas.

Rumah Terbuka-Macam-macam jenis nasi ada.Jangan kata nasi beriani, nasi dagang ada,nasi himpit ada dan nasi di dalam daun a.k.a Ketupat dan lemang pun ada.

Perbezaan Kedua:

Kenduri Kahwin-Hanya dua orang sahaja yang diraikan a.k.a Pengantin Baru.

Rumah Terbuka-Semua yang hadir diraikan.

Perbezaan Ketiga:

Kenduri Kahwin-Tak dapat duit raya.Tetapi pengantin yang dapat duit hasil pemberian orang ramai.Alhamdulillah, sudah jadi rezeki mereka.'Rezeki anak-anak',kata mak bapak serta besan.

Rumah Terbuka-Kanak-kanak gembira kerana dapat duit raya.Tapi jarang-jarang juga orang nak bagi duit raya masa menganjurkan rumah terbuka.Hmm...

Tak banyak pun perbezaan yang saya dapat.Cubalah cadangkan dan beritahu saya kalau anda semua nak bagitahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan