Bruce lee adalah individu yang pertama yang menjadi pelakon filem aksi tetapi mempunyai asas kukuh seni bela diri. Banyak aksi dalam filem – filem lakonan beliau adalah hasil buah tangannya sendiri. Malah dalam satu aksi lompat – kuang (summersoult) dalam satu adegan filem pecah panggung, Enter The Dragonadalah hasil aksi beliau sendiri.
Tidak salah untuk mengatakan Bruce Lee adalah individu yang tersangat obses dengan seni bela diri. Meskipun asas sebenar seni mempertahankan diri beliau adalah Ving Tsun, namun beliau banyak belajar seni mempertahankan diri yang lain seperti tinju, jujitsu, judo, karate, taek-kwon-do, army boxing dan sebagainya.
Bruce Lee meninggal dunia pada usia yang dikatakan begitu muda iaitu 32 tahun pada 20hb Julai 1973. Selepas kematiannya, beliau telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai lagenda filem aksi tersohor. Untuk entry kali ini, mari kita berkongsi FAKTA yang mungkin tidak ramai orang di luar sana yang mengetahui mengenai bapa kepada Brandon Lee ini.
1. Bruce Lee sebenarnya adalah peminat Silat. Ini diakui sendiri oleh kawan akrabnya iaitu Dan Inosanto dalam satu temubual majalah seni bela diri terkenal. Beliau berkata bahawa Bruce Lee yang memperkenalkan seni silat kepada beliau yang kemudiannya dipelajari olehnya selepas kematian Bruce Lee. Inosanto sekarang telah menguasai beberapa jenis Silat yang dipelajarinya selama berpuluh tahun. Antara guru Inosanto adalah Nik Mustapha iaitu Mahaguru silat daripada Malaysia.
*Jika Bruce Lee masih hidup,
mungkin Jeet Kune Do mempunyai banyak unsur – unsur Silat*
mungkin Jeet Kune Do mempunyai banyak unsur – unsur Silat*
Dari Kiri : Jason Saxon, Bruce Lee, dan Bolo
2. Bruce Lee terkenal sebagai ahli bela diri yang gemar mencabar lawan – lawannya.Sifat ego Bruce Lee ini adalah normal bagi pengamal ilmu bela diri. Antara sebab beliau bersikap demikian adalah kerana beliau mahu menguji seni Jeet Kune Dobeliau. Jeet Kune Do direka khas oleh Bruce Lee bagi pertarungan sebenar dan bukannya seni bela diri yang mempunyai tarian dan pembuka langkah.
*Beliau anti dengan seni pertahanan diri yang lebih berpaksikan pertunjukan*
Bruce Lee dan senjata 'kesayangannya', Nanchunku!
3. Bruce Lee sangat menggemari ilmu falsafah. Banyak ‘quote’ yang keluar daripada mulut Bruce Lee amat – amat tinggi maknanya. Ilmu falsafah ini beliau terapkan di dalam Jeet Kune Do. Walaupun kelihatan tidak selari dengan ilmu bela diri tetapi ia sebenarnya membuatkan Jeet Kune Do ciptaan Bruce Lee mempunyai dinamik dan relevan. Antara kata – kata berunsur falsafah daripada Bruce Lee adalah :-
Using no way as way, having no limitation as limitation.
Bruce Lee Dicabar Stuntman Beliau
Ayat ini merupakan asas falsafah Jeet Kune Do
~Bruce Lee sebenarnya pernah menjadi siswazah di University of Washington dalam Bidang Falsafah tetapi memutuskan untuk berhenti bagi menumpukan perhatiannya dalam bidang seni bela diri.
4. Bruce Lee pernah mengalami kecederaan tulang belakang yang amat serius. Terdapat pelbagai khabar angin mengatakan Bruce Lee cedera akibat dihentak secara curi – curi semasa bertarung dengan seorang pengamal seni bela diri di California. Ketika pemulihan tulang belakangnya, Bruce Lee banyak menghabiskan masanya untuk menulis buku mengenai Jeet Kune Do dan falsafah – falsafah mengenai Jeet Kune Do.
Satu Adegan Di Dalam Filemnya.
Bruce Lee Melakukan Flying Kick
6. Bruce Lee tidak pernah memakai kasut bertapak licin sejak peristiwa beliau tergelincir semasa bertarung akibat diserang oleh sekumpulan lelaki. Bruce Lee memilih untuk memakai kasut bertapak getah sebagai langkah berjaga – jaga sekiranya beliau diserang secara tiba – tiba.
Bruce Lee
Bruce Lee Dan Produsernya
8. Dalam satu kejadian semasa penggambaran Enter The Dragon, Bruce Lee tiba – tiba dicabar oleh ‘stuntman’ beliau. Kebanyakkan stuntman dalam filem Enter The Dragon adalah ahli puak samseng Hong Kong. Bruce Lee langsung tidak gentar. Hanya beberapa langkah sahaja Bruce Lee berhasil membuatkan mereka berdarah mulut. Bruce Lee kemudian menyuruh mereka kembali membuat kerja dan langsung tidak memecat mereka.
9. Satu hasil autopsy Bruce Lee selepas kematian beliau mendedahkan bahawa Bruce Lee hanya mempunyai 1% lemak di dalam badannya. Ia terlalu sedikit berbanding manusia biasa lain. Bruce Lee terkenal sebagai individu yang obsess dalam penjagaan tubuhnya serta mengamalkan regim latihan yang ketat. Menurut Linda, Bruce Lee kehilangan beratnya sehingga 30% daripada berat asalnya ketika penghujung hayatnya.
Bruce Lee Mempunyai Bakat Menulis Yang Baik
10. Lagi berkenaan penjagaan badan Bruce Lee. Bruce Lee adalah individu yang tidak mengambil minuman keras dan merokok. Agak pelik bukan? Percayalah kerana inilah kenyataannya. Bruce Lee kerap kali menolak sapaan kawan – kawannya untuk minum ketika di pub. Beliau memilih untuk mengambil ‘soft drink’ sahaja. Menurut Bruce Lee, beliau tidak akan mengambil bahan – bahan yang akan merosakkan tubuh dan mindanya. Suatu yang menarik anda boleh belajar dengan Bruce Lee bukan?
Bruce Lee Melakukan Demonstrasi
Kelajuan Pergerakan Kaki Bruce Lee Memang Mengagumkan
12. Majlis pengebumian Bruce Lee telah diambil sebagai salah satu adegan di dalam filem Game to Death. Filem ini adalah filem terakhir arahan dan lakonan Bruce Lee. Beliau tidak sempat untuk menghabiskan lakonannya di dalam filem ini. Oleh itu, banyak jalan cerita telah diubah. Produser file mini mengambil peluang dengan majlis pengebumian Bruce Lee untuk menjadikan ia adegan terakhir dalam Game of Death. Adegan terakhir ini mengisahkan bagaimana Bruce Lee berpura – pura meninggal dunia bagi mengelakkan mafia daripada terus memburu beliau. Adegan ini jelas menunjukkan wajah Bruce Lee yang sudah tidak bernyawa.
Wajah Bruce Lee Yang Tidak Bernyawa
13. Pada 1964, Bruce Lee telah dipelawa untuk membuat demonstrasi semasa Kejohanan Karate di Long Beach, California. Bruce Lee telah membuat demonstrasi one-inch punch kepada seorang rakan demonstrasi beliau, Bob Baker, Dalam demonstrasi itu, Bruce Lee menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan one-inch punch ataupun pukulan satu inci. Akibat kekuatan daya pukulan Bruce Lee semasa demonstrasi itu, Bob Baker telah tercampak ke belakang. Antara lain, Bob Baker menyatakan dalam satu temubual :-
“I told Bruce not to do this type of demonstration again. When he punched me that last time, I had to stay home from work because the pain in my chest was unbrearable.”
Bruce Lee Adalah Salah Seorang Daripada Ribuan Anak Murid Yip Man
- Akibat dibunuh oleh Samseng yang memusuhi beliau.
- Akibat sumpahan yang berlaku ke atas beliau dan keluarganya.
- Akibat pukulan Dim Mak(pukulan batin) semasa pertarungan dengan individu tidak dikenali yang menyebabkan beliau mengalami kesakitan selama beberapa minggu sebelum kematiannya.
Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi menyatakan Bruce Lee meninggal akibatCerebral Edema. Hasil daripada post mortem menyatakan Bruce Lee mengalamialahan terhadap ubat aspirin yang beliau gunakan. Alahan ini menyebabkan otak Bruce Lee membengkak sebanyak 13%. Beliau dikebumikan di Lake View Cemetery, Seattle, Amerika Syarikat.
Bruce Lee Ketika Demonstrasi Jeet Kune Do
KREDIT TO Takusahrisau's Blog
Macam mana? Menarikkan info - info ini? Haih! Bruce Lee ada 1% jer lemak dalam badan dia. Macam tu aku berapa puluh peratus entahlah. Hahaha! Okaylah! Penat menaip balik nih! Rehatkan jari kejap! Bye!
Kredit: takusahrisau & hans
Tiada ulasan:
Catat Ulasan