Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan...

Marilah kita mencapai kejayaan!

Sabtu, 5 Februari 2011

Kelebihan Berjemaah Sewaktu Solat dan Celaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat

BAB 2 (KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH) - HADITH 1

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada solah bersendirian.”

(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

HADITH 2

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”

(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

(KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN KEDUA (AMARAN DAN CELAAN KE ATAS MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAH) - HADITH 1

Diriwayatkan daripada Hazrat Jabar bin ‘Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,“Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur,” Dalam riwayat yang lain, “Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll.)

HADITH 2

Hazrat ‘Ubadah bin Somit RA telah berkata,

“Kekasihku Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda SAW,

“Jangan menyekutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan